Menarik Di Teluk Intan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni AA ke Teluk Intan. Untuk ke Teluk Intan boleh menggunakan Lebuhraya Plus menghala utara dan exit ke tol Bidor atau jalan Klang – Teluk Intan. AA dari Telok Panglima Garang untuk sampai ke Teluk Intan mengambil masa 4 jam. Setiap nama tempat tu ada kisah di sebaliknya. Kat bawah ni kisah asal bagaimana  nama Teluk Intan di ambil.

Asal – Usul Nama Teluk Intan

Teluk Mak Intan.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Info lain:

  • Nama asalnya ialah Teluk Mak Hitam.
  • Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan
  • Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

sumber dari http://www.mpti.gov.my/ms/mpti/profil/latar-belakang

Bila sebut dengan Teluk Intan. Orang akan ingat menara condong. Dan kisah disebalik menara condong. Menara Condong Teluk Intan ni dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Chong. Menara ini asalnya sebuah tangki untuk di bekalkan pada bandar Teluk Intan sekiranya berlaku kemarau dan kebaran. Dan berperanan sebagai penanda waktu dan penunuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson pasa dahulu kala.

Kecondongan menara seringn dibandingkan dengan Menara Condong Pisa di Italy, namun menara ni mempunyai ketinggian 25 meter dan 110 anak tangga sahaja manakala ketinggian Menara Condong Pisa adalah 55 meter.

 

Depan Menara Condong
Sisi Menara Condong
Belakang Menara Condong
Menara Condong
Menara Condong

Menara in berKonsepkan seni bina Pagoda . Dari luar menari seakan akan mempunyai 8 tingkat tapi sebenarnya 3 tingkat sahaja. Dan Menara Condong Teluk Intan kini berperanan sebagai menara jam. Jam di pasang pada tahun 1894 dan dibeli dari London dan buatan J.W Benson-Ludgathill

Dan bila sampai ke Teluk Intan jangan lupa singgah ke Kedai Abdullah Mastan Ghany Mee Rebus dan Rojak. Kat sini femes dengan Mee Rebus dan Rojak. Dan harga makan kat sini agak berpatutan.Kedai ni tak jauh dengan Menara Condong, Kedai ni betul betul depan The Store Teluk Intan dan sebari dengan bank Maybank.Di bandar Teluk Intan ni banyak tempat makan femes.

Tanda Harga

ABC dan Rojak

Dan para pembaca jangan lupa singgah ke Teluk Intan ye. Bergambar dengan Menara Condong Teluk Intan buat kenang kenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge