Menawan Puncak Gunung Kinabalu


Notice: Undefined index: disable_keyword_conversion in /home/azrulazm/public_html/wp-content/plugins/old-to-new-agoda-link-converter/agoda.php on line 144

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Tanggal 29 Oktober 2016 Kali ni AA @ azrulazman akan kongsi pengalaman bercuti di Kota Kinabalu Sabah. AA dah 3 kali ke Sabah dan kali ni masuk ke 4 ke Sabah. Sebelum ni ke Sabah atas sebab kerja dan bercuti jugak. Tapi kali agak istimewa. Sebabnya ulangtahun pertama perkahwinan AA dan isteri dan hari lahir isteri. Untuk kali kami ke Sabah naik kapal Malindo. Dan waktu naik ke kapal ada jumpa Sifu Hadihaizil Din. Banyak belajar dengan dia pasal blog. Bila sebut Sabah kita akan ingat gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Orang Utan dan lain lain. Kat Sabah banyak tempat menarik untuk dilawati. Dan banyak juga aktiviti lasak dan kurang lasak. Dan kali ini  ke Sabah adalah untuk tawan puncak gunung Kinabalu. 

Dah sampai airport Kota Kinabalu kami berselfie dulu. Selepas ambik bag kami terus keluar dari airport dan plan kami kami teruskan Jesselton jetty. Untuk ke sana AA book Grab untuk ke Jetty Jesselton. Dan sampai ke jetty kami terus ke kaunter untuk beli pakej ke pulau dan AA amek pakej ke Manukan dan Sapi. Dan ini kali ke dua AA ke sini. Aktiviti kat pulau adalah snorkeling dan mandi laut. Mula2nya taknak mandi tapi disebabkan bau air laut terus nak terjun je. Kat Pulau Manukan AA tak mandi tapi kat pulau Sapi baru mandi. Dah sampai waktu balik kami terus tunggu bot kat Jetty dan waktu perut betul betul lapar. Dah sampai jetty Jesselton kami berjalan kaki ke area tugu todak dan kat situ ada banyak kedai jual makanan seafood. Dan makan seafood kat sini agak murah kalau dibandingkan dekat semenanjung. Selepas makan terus balik ke hotel dan rehatkan diri untuk esok. Dan kami stay di Promenade Service Apartment.

boat
senyum jgn tak senyum
wefie kat dalam laut
ikan berenang renang di tepian

30.10.2016 telah tiba. Hati semakin risau dan tak tenang. Hati mana tak tenang sebabnya nak naik gunung paling tinggi di Asia Tenggara. Dengan latihan yang ala kadar dan dengan keadaan cuaca tak menentu di atas nanti. Sebelum ke Gunung Kinabalu. Kami bersarapan dulu sekitar hotel kami.  Perjalanan mengambil masa 2 jam sampai ke Kinabalu Park. Dah sampai di Kinabalu Park. Sebelum mula mendaki gunung kami diberi taklimat oleh penjaga kami atau malim gunung semasa mendaki gunung dan mengambil makanan di pondok Timpohon. Tepat 9.30 pagi kami mulakan pendakian. Dalam 5 petang kami sampai ke Laban Rata. Kami terus ke dewan makan untuk makan malam terus. Petang tu agak sejuk dan esok pagi lagi sejuk. Malim kami nasihatkan kami tidur awal supaya hilangkan penat naik tadi.

amek feel sebelum naik
pintu masuk
hentian pertama
pakai baju hujan givi. kikiki
Di Laban Rata

1.30 pagi kami bangun dan siapkan diri. Sebelum ke puncak kami sarapan dahulu sebelum teruskan pendakian. Waktu kami bangun waktu cuaca cantik dan boleh daki ke atas. Sekiranya hujan waktu itu. Pendaki disuruh tidur semula di hostel masing masing.  Untuk naik ke atas waktu sebegini agak mencabar. Sebab kita tak nampak keadaan sekeliling macam mana. 6.15pagi kami sampai ke kilometer 8. Keadaan masa tu agak berawan. Untuk sampai ke puncak Lows mengambil masa 1 jam dari kilometer 8. Bila sampai ke puncak Low, ramai orang bergambar di papan tanda disitu.

puncak seringgit
puncak Low
hari dah hujan
air laju dari atas
rasa nak terjun je masa tu
hari terakhir di Laban Rata

Lepas bergambar di papan tanda tu. Kami orang terakhir turun. Di kilometer 8 tu awan makin menebal dan hujan selebat lebatnya di situ. AA dan isteri berpegang tangan supaya seimbang antara satu sama lain. Hujan lebat kami tetap teruskan perjalanan ke bawah. Masa untuk menyeberang ke pondok kawalan, air agak deras. Dan malim dan pegawai bomba di situ tolong yang man tak larat nak seberang. Dah lepas seberang kami teruskan perjalanan ke Laban Rata. Perjalanan kami agak lambat tika disebabkan terlalu penat dan teramat sejuk. Dan 11 lebih kami smpai di dome kami. Kami tukar baju dan kemas dan turun ke bawah. Untuk kebawah pun mengambil masa. Masa turun Isteri AA sakit lutut dan pergerakan kami lambat. Dan kami sampai ke Pondok Timpohon dalam 6 petang. Waktu tu dah gelap. Dan agen kami menunggu kami di Gate dan terus ke kedai makan. Sebelum balik ke Kota Kinabalu. Malim ada mintak kami duit. Sebab bayar duit overtime pada malim. Ikutkan masa malim hanya sampai jam 4 petang sahaja. Kepada pembaca harap sampai ke bawah sebelum jam 4 petang . Sekiranya lebih masa kalian mesti wajib bayar overtime kepada malim tersebut. Selesai makan, kami teruskan perjalanan kami ke Kota kinabalu. Sampai di kota kinabalu kami terus check in hotel dan bersihkan diri dan terus rehat.

1.11.2016 – hari terakhir kami di Kota Kinabalu. Sebelum balik kami sempat ke Pasar Filipin. Cari souvenir untuk diri sendiri. Lepas shopping kami terus ke airport. Untuk ke airport kami pakai uber. Selesai 4 hari 3 malam AA dan isteri di Kota Kinabalu. Dan kami pasti akan ke Sabah lagi dan waktu di puncak Gunung Kinabalu isteri AA dah mengandung 4 minggu ketika itu. Kalau dia tahu mengandung memang takkan benarkan dia naik ke puncak Gunung Kinabalu. Dapat tahu bila dah balik KL.  Dan selamat tinggal Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge