Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 2

Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak sambung pengalaman aku di India. Untuk kali ini aku akan update kisah di Kashmir. Apa yang menarik di Kashmir??? Untuk pengetahuan semua. Semasa kami ke Kashmir. Kashmir dalam keadaan darurat. Disebabkan ada kes melibatkan penduduk kashmir dan pihak berkuasa negara India. Aku dan isteri memberanikan diri. Disebabkan tiket dah beli. So kali ni trip agak takut dengan suasana pihak askar berjaga seluruh Kashmir. Untuk ke Kashmir kami  ambik flight GO AIR. Banyak flight ke Srignagar. Go Air, Spice Jet, Indigo, Air India , Jet Airways dan paling baru adalah AIR ASIA. Dan Air Asia akan mula terbang ke sana pada bulan Februari. Masa tu beli dengan harga RM370 duit Malaysia. Dan dapat 20kg untuk bagasi. Kami ambik Flight paling awal.

GO AIR

Perjalanan New Delhi ke Srinagar mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Sampai di airport Srinagar. Suasana agak sunyi. Mungkin disebabkan flight kami paling awal dan ditambahkan lagi dengan keadaan perintah berkurung di dalam Kashmir. Selepas ambik beg. Kami terus keluar dan cari driver kami untuk bawak ke Dal Lake. Peringatan utk yang membaca blog aku ni. Masa kat airport tu. Kalau boleh korang angkat la beg sendiri ye. Kat sana dorang tolong berbayar. So selok-eloknya korang angkat la sendiri beg tu. Selesai angkat beg kami teruskan perjalanan ke Dal Lake.

Nak ke Dal Lake mengambil masa dalam 30 minit. Masa perjalanan banyak kedai tutup dan tiada orang di jalanan. Bila sampai ke kawasan Dal Lake. Baru nampak orang ke sana ke sini. Dan di Dal Lake banyak houseboat untuk penginapan dan rumah penduduk tempatan. Reka bentuk hampir sama. Sebelum ke houseboat kita perlu naik sampan atau penduduk tempatan panggil shakira ride. Hampir terlupa nama owner houseboat ialah Firdaus. Nak ke houseboat Firdaus mengambil masa 10 minit. Sampai ke housboat. Firdaus suruh cek dan pilih bilik untuk tidor malam ni. Bilik dia agak selesa dan ada heater dan bathtub.

Shakira Ride
Sarapan

Lepas letak beg. kami terus order sarapan. Dan lepas tu terus ke bilik untuk bersihkan dan rehat. Untuk trip kali ni bukan kami berdua tapi berenam semuanya. Ikutkan rancangan awal aku dah book dengan agen di kashmir tapi isu semasa menyebabkan tak jadi ambik agen tu. So kali ni aku ikut kenalan di facebook backpacker buddies malaysia. Nama dia Abrar dah 4 kali ke kashmir. Dan aku rasa confident dengan dia. Dan dia akan sampai ke Dal Lake dalam tengah hari. Dan aktiviti akan dibuat selepas zohor .

Selepas kawan kawan baru sampai ke houseboat. Kami terus berbincang dan plan nak kemana untuk hari ni. Selepas rehat semua. Dalam 3 petang kami terus keluar dari houseboat menaiki sampan untuk ke jalan raya. Dan arah tujuan kami adalah Pari Mahal. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Dalam perjalanan ke Pari Mahal. Jalan agak lengang.

Abrar
tunjuk apa tu
Dari kiri. bini aku azie, abrar, syikin , nor dan berdiri tu ell
Agak panas ketika . wakty yang korang tgk tu. waktu malaysia ye

selamat abam askar ni sporting
4 dara pingitan

Selepas pusing pusing di Pari Mahal. Kami teruskan perjalanan ke Dal Lake. Jalan lengang macam pergi tadi. Dan sebelum balik ke houseboat kami berdua nak cari cyber cafe. Nak print boarding pass nak balik ke New Delhi. Banyak kedai kat kawasan Dal Lake banyak tutup. Kami bernasib baik ada kedai komputer yang bukak. Dan lepas print kami cari kedai makan untuk makan malam terus. Lepas makan malam kami terus balik ke houseboat dan malam tu jugak ada penjual kain akan datang ke houseboat kami.

murah murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge