Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 3

Assalamualaikum semua.  Hari kedua  dan tarikh 21 Ogos 2016. Plan harini adalah akan ke Sonamarg.  Untuk ke Sonamarg perjalanan mengambil masa 3 jam dari Dal Lake. Tapi kali ni nak  ke Sonamarg perlu keluar awal pagi. Pada awal pagi askar akan buka jalan ke Sonamarg. Sebelum darurat orang awam boleh keluar masuk ke Srinagar dan tempat tempat lain. Tapi disebabkan darurat banyak jalan ditutup oleh pihak askar India. Kami bergerak dari houseboat dalam 4 pagi. Masa dalam perjalanan ke Sonamarg. Pihak askar ada buat sekatan. Kami terpaksa tunggu dan hampir 30 minit baru sekatan tu dibuka. Dan kami teruskan perjalanan kami ke Sonamarg

1 2 3 senyummm
tokey kambing lawat kawasan

Sebelum sampai ke pekan Sonamarg. Nampak segerombolan kambing berjalan di jalan raya dan menghalang perjalanan kami sebentar. Dan driver kami menyuruh kami keluar untuk lihat dan pegang kambing kambing . Sebelum masuk ke dalam kereta, driver kami suruh hulur2 la duit sikit kat pemgembala tu. Hidup pengembali kat sini akan berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Macam orang Badwi yang selalu berpindah randah . Dan perjalanan pengembala kat sini. Dorang akan tempuhi 100 km atau lebih setiap perjalanan . Biasa dorang akan bawak satu family untuk jaga kambing ni. Dan aku tak boleh bayang keadaan dorang bila tiba waktu hujan dan sejuk. Syukur aku kat ALLAH dengan kehidupan aku sekarang ni walaupun ada masalah.

 

peace yoooo.

Sebelum sampai ke pekan Sonamarg. Pastikan korang bergambar dkt jambatan Sonamarg. Kami sempat bergambar kat jambatan tu. Welcome to Sonamarg.  Semasa bergambar tu banyak la kuda kat atau kaki bukit tu. Dan Sonamarg cuaca sangat sejuk. Selepas habis bergambar kami terus cari hotel. Hotel Sonmarg adalah hotel kami menginap untuk hari ni . Selepas letak beg kami terus keluar untuk cari makanan di sekitar Sonamarg. Pekan Sonamarg pekan kecik je. Keadaan kat sini agak tenang. Dan Sonamarg ni di sekeliling bukit yang tinggi, dan korang akan nampak salji di atas bukit.

nasi lemak takde. so kene makan roti la ye

Lepas makan pagi. kami semua berjalan sekitar Sonamarg. Kat sini aktiviti untuk pelancong  adalah menunggang kuda. Tapi untuk hari ini , kami akan naik kuda tu esok. So aktiviti arini  adalah jalan jalan sekitar sonamarg dan amek gambar untuk kenangan masa depan kikiki. Selepas berjalan di tepi sungai si Abrar ada idea yang agak menarik dan tak terlintas pulak kat kepala aku. Si Abrar nak bakar kambing kat tepi sungai Sonamarg. Dan semua sepakat untuk bakar kambing kat situ. So aktiviti petang nanti adalah bakar kambing.

korang buat apa tu wei hahahha

Lepas habis bincang dan kami semua balik ke hotel. Merehatkan badan. Jam 12 lebih aku dgn wife keluar nak cari makan. Lunch kali ni aku nak merasa beriani dgn kebab. kebab kat sini bukan yang pakai roti pita tu. Tapi daging kambing seakan akan sosej tapi kebab ni panjang. untuk gambar makanan. aku tak amek pulak. hehehehe.

satu kilo berapa bai ya
potong kecik kecik ya boss

Lepas lunch aku and wife balik bilik. So dalam 3 lebih baru keluar utk pegi sungai nak bbq kambing katanya. Sebelum ke sungai beli dulu kambing dalam satu kilogram. Lepas dah beli terus ke sungai. Sampai kat sungai kami semua cari kayu kat celah2 batu kat tepi sungai. Cari kayu nak buat unggun api. Dan batu leper pulak jadi macam kuali. Pengalaman bakar kambing kat Sonamarg memang betul betul rare. So lepas bakar kambing kami balik ke hotel untuk rehat. Dan aktiviti malam pulak adalah cari makan malam. So makan malam ni sama jugak macam petang tadi. Kat sini tak banyak pilihan macam kl . Dan malam kat agak sejuk. Sonamarg ni dikeliling dgn bukit2 tinggi . Lepas makan terus masuk hotel dan terus tido dan esok pagi akan ada aktiviti naik kuda beramai ramai.

buat apa tu bang
main masak2 ke
bakar jangan tak bakar
pulang mari la pulang
depan hotel

3 thoughts on “Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 3

    • 13 March 2017 at 6:18 pm
      Permalink

      Ainul. kashmir memang cantik.

      Reply
  • 9 March 2017 at 12:42 am
    Permalink

    Today, I went to the beachfront with my children. I found
    a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and
    said “You can hear the ocean if you put this to your ear.” She put the shell to her ear and screamed.
    There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this
    is completely off topic but I had to tell someone!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge