Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 4


Notice: Undefined index: disable_keyword_conversion in /home/azrulazm/public_html/wp-content/plugins/old-to-new-agoda-link-converter/agoda.php on line 144

Assalamualaikum semua. 7 March 2017 baru aku dapat update untuk part ke 4. Bukan bizi mana  pun. Tapi disebabkan mood nak menulis tu takde. Dan kali ni aku dapat mood balik. Untuk part ke 4 ni. Masih cerita di Sonamarg Kashmir.

22 Ogos 2016 hari terakhir aku dan isteri di Sonamarg. Team Abrar akan bertolak esok ke Ladakh. Dan untuk aktiviti arini, akan naik kuda. Sebelum aktiviti naik kuda. Kita sarapan dulu.  Untuk pagi ni. Sarapan pagi teh kashmir roti dan megi india. Dan megi tu dorang masak sampai kembang. Dan perasa pun takde. hahahah. Selamat si Ell bawak sambal hitam dapat la letak dalam megi tu. So selepas makan kami mulakan aktiviti kami. Sebelum tu  Abrar ada bertanya kat staff hotel pasal sewa kuda. Dan dia ada tunjukkan. So dah jumpa owner kuda tu. Ok dengan harga baru kita sewa kuda tu.

Sebelum sarapan kita selfi dulu
Pakcik sejuk ke tu

Semua orang naik kuda kecuali Abrar. Dia nak jalan kaki. Nak exercise katanya. Pertama kali naik kuda. Rasa lain macam je. Sebab takut kuda tak mahu jalan. Tak larat nak bawak aku hahahhaha. Setiap seorang ada penjaga kuda dia. Yang jaga kuda aku ni seorang budak je, aku lupa nama dia. Dalam perjalanan ke glacier, permandangan di sekitar Sonamarg memang cantik. Dikeliling bukit yang tinggi dan ada sebahagian puncak ada salji yang masih mengeras. Dan kawasan sekitar memang sejuk.

peace yo
kudaku tak lari kikiki
rehat sebentar
korang buat tu
senyummmm
peace
peaceeee
anak Abrar ke tu?
koboi malaysia ni

Selesai naik kuda. Kami terus ke kedai. Untuk makan tengah hari. Dan hari terakhir di Sonamarg. Selesai makan tengah hari. Pak Supir kami dah menunggu kami di hotel. Abrar, Nor, Syikin dan Ell pergi hotel baru. Aku dan isteri teruskan perjalanan ke Srinagar.  Semasa dalam perjalanan ke Srinagar. Ada sekumpulan remaja menahan kami dan mereka suruh kami turun. Tapi pak supir kami teruskan perjalanan dan masa tu kereta kami dibaling batu. Ni Pengalaman ngeri aku selama aku travel. Kami hampir sampai ke Srinagar. Tapi masa tu ada polis ada buat road block dan semua kenderaan terpaksa berhenti. Dan semua orang dilarang pergi ke Srinagar dan  bila aku bertanya pada pak supir kenapa tak boleh lalu. pak supir cakap ada orang buat kecoh sekitar situ dan baling batu pada polis. Pak supir kami bercakap dengan polis. Supaya kami boleh teruskan perjalanan ke Srinagar. Sebab kami pelancong dan Polis tu lepaskan kami dengan tanpa banyak tanya.

Kesian kat pak supir ni. Sebab cermin depan pecah sebab rusuhan

Setibanya kami di Srinagar . Pak Supir ni bawak kami pusing pusing pekan Srinagar . Sepatutnya kami kene berhenti berhampiran Dal Lake. Masa tu aku rasa tak sedap hati sebab masa kat Sonamarg Si Abrar dah bagi tahu kat supir tu kami akan turun  Dal Lake.Rupanya rupanya dia bawak kami ke houseboat kakak dia dan dia pujuk kami supaya bermalam kat situ. Aku dan isteri bergaduh dengan Pak supir sebab kami taknak tidur kat houseboat. Sebab susah nak keluar dan akan terperap dalam houseboat. Selepas bertekak dengan pak supir tu. Pak supir tu mengalah jugak dan hantar kami terus ke tempat yang Abrar bagi tahu tadi. Dah jumpa guesthouse tu. kami terus rehat dan malam tu aku dan isteri keluar cari makan. Dan malam tu isteri aku pening sebab pak supir bawak kereta macam pelesit. Lepas makan kami terus balik ke Guest house. Kat sini malam agak sunyi.

 

Guest House Terakhir kat Srinagar

 

5 thoughts on “Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge