Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 5


Notice: Undefined index: disable_keyword_conversion in /home/azrulazm/public_html/wp-content/plugins/old-to-new-agoda-link-converter/agoda.php on line 144

23 ogos 2o16 hari terakhir aku dan isteri di muka bumi Kashmir. Petang nanti aku dan isteri akan ke Delhi dan terus ke Agra. Selepas sarapan, aku dan isteri berjalan jalan sekitar Dal Lake. Udara nyaman tapi tak senyaman Sonamarg. Aktiviti pagi yang aku nampak kat sini. Orang jual sayur di tepi jalan. Macam macam sayur ada kat sini. Tapi aku terlupa nak ambik gambar. Pagi ni ramai orang kehulur ke kehilir. Tak seperti hari pertama aku sampai ke Kashmir.

Jambatan Area Dal Lake

Lepas melihat sekitar Dal Lake. Aku dan isteri terus balik ke hotel. Nak bersiap siap pegi ke airport. Aku terpaksa gerak awal. Takut perkara yang tak jangka akan berlaku. Sebelum kami sampai ada dengar pihak polis tutup jalan ke airport. Dalam 11 pagi dah berangkat ke airport. Nasihat aku kat sini. kalau beg ringan korang angkat beg sendiri ye. .  Masa dalam perjalanan tak ada perkara yang diingini berlaku. kereta banyak di jalan raya dan orang ramai melalukan aktiviti seperti biasa. Perjalanan kami ke airport mengambil masa dalam 30 minit.

Sebelum masuk kedalam airport. Kami dan beg kene scan. Dan kat dalam pun kene scan lagi. Kat sini kawalan agak ketat dan pihak penguasa kat sini muka bengis je. Tak penah nak senyum. Dah sampai airport tak boleh masuk ke dalam terus. kene tunggu turn baru boleh masuk ke dalam airport. Sebab airport kashmir ni tak de la besar mana pun. So kami terpaksa menuggu di luar dekat 2 jam lebih sebelum boleh masuk ke dalam. Undang2 kat airport India ni agak ketat. Tak sama macam airport Malaysia.  Orang yang ada tiket hanya boleh masuk ke dalam. Family dan kawan2 hanya boleh teman sampai pintu masuk je.

muka boring hahahaa
bayaaa

Selepas scan barang. Nanti ada pegawai akan panggil kita untuk isi borang. Bila tengok borang tu, borang kaji selidik untuk pelancong luar datang ke Kashmir. Selepas isi aku dan isteri terus cari makanan sebelum check in.

jom makan

Selepas checkin. Aku dan isteri naik ke atas untuk tunggu kapal terbang. Waktu tunggu kapal, ramai warga kashmir yang ke Delhi mungkin urusan niaga atau jalan jalan sama macam aku. Dan setiap jam pasti ada flight akan turun di airport kashmir ni. Bagi aku Kashmir memang cantik dan nyaman. Tapi disebabkan politik dan ideologi yang berlainan rakyat yang sensara dengan kucar kacir disana sini. Dan semasa aku kat sini tak penah nampak manusia yang mintak sedekah.

Jam hampir 4 petang, kapal terus naik ke atas awan dan meluncur laju. 5.12 petang akhirnya kami sampai di bumi New Delhi. Cuaca disini agak panas dan kering tak seperti Kashmir yang agak nyaman dan sejuk. Untuk ke bangunan. Pihak airport menyediakan bas untuk ke bangunan. Menyerupai keadaan airport di Indonesia. Selepas ambik beg. Kami terus keluar dan cari supir kami. Untuk 4 hari mendatang. Kami akan menaiki kerete untuk ke Agra, Jaipur dan Delhi. Kami mengambil kereta untuk keselesaan kami berdua. Kalo ikutkan plan sebenarnya nak naik train ke Taj Mahal.

wefie dgn kapal jap hahaha

Untuk pengetahuan korang, jem kat India perkara biasa, mana taknya, ikut ranking dunia.  penduduk India ni no dua (2) paling ramai di dunia selepas negara Tanah Besar China, dan bila tentang kenderaan awam di India korang pasti teringat tuk tuk di Thailand. Untuk kos tuk tuk di India ni paling murah jika dibandingkan dengan teksi. Selain teksi korang kat sini boleh gunakan UBER atau OLA. Dan perkhidmatan kereta api pun ada jugak. Antara negeri antara negeri. Dan harga tiket kereta api di India paling murah.

tuktuk
nak kemana ke kita???

 

ni supir kitaorang
tollll

Berbalik pada perjalanan kami ke Agra, perjalanan mengambil masa hampir 4-5 jam. Dalam perjalanan ke sana kami melalui highway. Dan highway lebih kurang macam Malaysia. Tapi highway Malaysia lagi cantik dan bersih. Bila sampai ke hotel. kami terus check in dan rehat. Aktiviti untuk esok adalah melawat Taj Mahal dan terus ke Jaipur. Nantikan post yang baru………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge