Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni kita akan update kat Agra pulak.24 Ogos 2016. Kami berada di Agra. Untuk hari ni aku dan isteri akan ke Taj Mahal dan Agra Fort. Selepas sarapan kami terus check out hotel dan Pak supir kami tunggu di luar hotel dan waktu yang sama pak supir kami menanti tour guide. Perjalanan hotel ke Taj Mahal  dalam 10 minit sahaja.Dan masa di hotel kami dah boleh nampak Taj Mahal.

Di dunia ada 7 keajaiban dunia dan Taj Mahal adalah salah satunya.  https://world.new7wonders.com/wonders/taj-mahal-1630-a-d-agra-india/ korang boleh cek link tu.  Pembinaan Taj Mahal rasa cinta atas kematian seorang isteri atau Shah Jahan yang gila ???

Depan hotell peace yooo

Dah sampai ke kawasan pintu masuk ke Taj Mahal. Kami dikerumuni dengan penjual di situ.Dan tour guide kami suruh buat tak tahu dengan penjual di situ. Kami berjalan Dari pintu masuk nak ke kaunter tiket.  Kawasan pejalan kaki di situ basah disebabkan malam tadi hujan. Dan masa membeli tiket ramai penduduk tempatan yang beratur dan aku beli tiket dengan harga 1000 rupee bersamaan dengan RM 60 dan diberikan penutup kasut. Apa yang bagus kat sini. Nak beli tiket ada pagar antara lelaki dan perempuan. Nak masuk ke dalam kene beratur dan diasingkan jugak. Dan kat dalam kena scan body dan beg. Gula gula dan seangkatan tak boleh bawak ke dalam. Mungkin untuk orang buang merata rata kat dalam nanti.

Beli tiket
beratur jangan tak beratur
resit pun ada barcode
peace yoo

Sebelum masuk ke kawasan Taj Mahal. Ada pintu masuk ke gerbang besar atau The Great Gate. Tour guide beritahu kami, setiap bangunan ada cerita disebalinya. Di dinding The Great Gate ada ayat Al Quran. Setiap kubah di atas tu menunjukkan tentang 22 tahun untuk siapkan Taj Mahal . Dan Shah Jahan telah membina Taj Mahal ni adalah sebagai monumen untuk memperingati isterinya Mumtaz Mahal.

Sebelum masuk kita selfie la dulu. Selepas melepasi The Great Gate. Aku terpegun seketika tengok senibina Taj Mahal ni. Dengan keadaan zaman dulu tak ada kemudahan seperti sekarang. Tak heran la menjadi sebutan seantero dunia pasal Taj Mahal ni. Dan sebelum masuk ke dalam Taj Mahal. Kami kena pakai shoe cover. Sebab nak hormati kesucian sekitar situ. Dan sebelah Taj Malah ada masjid. Masjid masih digunakan untuk solat Jumaat untuk warga sekitar sahaja. Dan hari jumaat Taj Mahal ditutup. Hampir sejam lebih kami di sekitar Taj Mahal.

tersergam indah Taj Mahal
Kene pakai cover shoe

Selepas jelajah seluruh Taj Mahal kami terus keluar dan kami teruskan ke Agra Fort.  Masa perjalanan keluar. kami naik buggy untuk ke pintu keluar. Seperti biasa penjual akan hampiri kami untuk tunjuk jualan mereka. Aku langsung tak beli sebab nak beli ke tempat lain. Ternyata souvenir Taj Mahal hanya ada kat Agra sahaja. Pak Supir kami sedang tunggu kami di tepi jalan dan kami terus naik kereta dan terus ke Agra Fort. Tiket masuk ke Agra Fort  550 rupee.RM 30 duit Malaysia.

kubu

Masa bersembang nak ke atas dengan tour guide. Guide tunjuk lubang2 di dinding sebalah kanan dan kiri kami. Guide bagi tahu kami. Lubang tu adalah untuk melihat musuh dan jalan kat sini berbukit disebabkan untuk senang pihak tentera kat sini gelonsorkan batu supaya pihak musuh tewas.

Dan didalam Agra Fort ni terdapat istana dan taman untuk raja Shah Jahan dan isteri. Dan di Agra Fort jugak Raja Shah Jahan meninggal dunia. Di mana anak kepada Shah Jahan telah mengurung ayahnya.

 

Jahangiri Mahal

 

Dari tingkap ni boleh nampak taj mahal
tempat shah jahan dikurung

Di atas ni tempat kurungan Shah Jahan. tempat nya cantik dan Shah Jahan dapat melihat Taj Mahal dari jauh sahaja.

taman di raja

Selepas jelalah satu Agra Fort. Kami terus keluar dan supir kami tunggu diluar dan terus kami dibawa tempat cenderahati. Kami cuma tengok sahaja dan sebelum ke Jaipur kami singgah makan dan jumpa Sartaj. Aku amek pakej driver dengan dia dan terus bayar kat dia. Perjalanan ke Jaipur mengbambil masa dalam 4 jam. So selama tu kita akan tengok suasana jalan sekitar India. Dalam perjalanan kami sempat singgah sebentar di Fatehpur Sikri. Nak ke tempat tu kami kena naik bus untuk kesana.  Dan bayaran naik bus dalam RP 10. Perjalanan dari parking  ke Fatehpur Sikir mengambil masa  10 minit sahaja. Dalam perjalanan ke Fatehpur Sikri ternampak babi berkeliaran di jalan raya. Dah sampai di ada satu masjid dan kubu di situ. Aku dan isteri bercadang nak ambik gambar di luar sahaja. Untuk ke dalam kena bayaran.

naik bus
tersombol :p
keretapi

Lepas pusing2 di Fatehpur Sikri. Kami teruskan perjalanan kami terus ke Jaipur. Dan sampai di Jaipur dalam 5 lebih waktu india. Dan waktu malam pulak keluar sekejap nak cari makan. Untuk di Jaipur aku booking hotel dengan si Sartaj. Bos supir aku ni. Hotel King Palace. Antara hotel paling selesa selama aku kat India. hahaha. Dan nanti kan posting akan datang. Aku akan update di Jaipur pulak

Depan Hotel

2 thoughts on “Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge