Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 7


Notice: Undefined index: disable_keyword_conversion in /home/azrulazm/public_html/wp-content/plugins/old-to-new-agoda-link-converter/agoda.php on line 144

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni aku akan update di Jaipur. Apa yang  menarik di Jaipur? Jaipur dikenali sebagai Pink City. Aku pun tak pasti celah mana pink bandar jaipur ni. hahahha. Untuk 25 Ogos 2016 pagi aku dan isteri akan jelajah serata Jaipur kononnya la. Tapi sekejap je kat Jaipur ni. Selepas sarapan kami teruskan perjalanan kami ke Hawa Mahal atau dikenali sebagai Palace of Wind. Sebelum tu. Mahal tu maksudnya Istana ye. Masa kat sini aku amek gambar dalam kereta je. Masa kat Jaipur ada acara keagamaan kat situ. Ramai rakyat jelata Jaipur pergi ke situ.

Hawa Mahal

Hawa Mahal dibangunkan pada tahun 1799 dan setinggi 5 tingkat . Jika dilihat dengan teliti ada tingkap kecik, orang lokal kat sini bagitahu kegunaan tingkap kecik tu sebenarnya untuk skodeng je. Raja dulu buat macam tu supaya golongan wanita di Raja boleh tengok dari tingkap sahaja. Dan rakyat biasa tak boleh tengok wanita di Raja. Mungkin la kot . Belakang Hawa Mahal ada satu istana yang bernama City Palace. City palace pun istana jugak. Untuk masuk ke City Palace dikenakan bayaran. Aku dan isteri tak teringin masuk sebab panas terik masa tu.

Selepas tu kami teruskan perjalanan kami ke Amber Fort. Amber for ni adalah kubu dan seakan sama macam Great Wall di China. Sampai diaatas korang boleh tengok kawasan bawah. Dan kawasan sini agak besar. Dan kat kawasan ni korang boleh tengok sekitar Jaipur. Kat Amber fort ni. Ada aktiviti naik gajah. Dan aku taknak naik. Sebab dah penah naik kat Krabi dulu. Kat sini aku kejap je. Sebab tak tahu nak buat apa. Rasanya kat Jaipur ni la paling kejap aku pusing2. Dah siap bergambar kiteorang plan terus Delhi. Dalam perjalanan ke  Delhi singgah sebentar tepi tasik. Di tengah tengah tasik tu ada satu istana yang bernama Jal Mahal. Bermaskud Istana Air. Ada cerita disebaliknya. Tapi aku lupa dah. ahhhaa.

Belakang tu Amber fort
Amber Fort
Amber Fort
Amber Fort
Jal Mahal
Mall

Perjalanan mengambil masa dalam 4 jam sahaja ke Delhi. Wakt Sampai di Delhi kami tak balik hotel dulu tapi ke DLF Place Saket Mall. Kononnya nak beli baju Hard Rock Cafe Delhi. Tapi bila sampai kat situ baju yang dihajati tak habis. So kami balik dengan hampa. Untuk masuk ke dalam Mall kena check security. kena scan badan. Mungkin takut ancaman pengganas. Kat mall ni sempat la aku pusing pusing kejap. Mall lebih kurang macam kat Malaysia je. Masa tu hari dah gelap macam nak hujan. Aku dan isteri bergegas keluar dan balik ke hotel. Hotel Smyle Inn, hotel terakhir kami di India. Dengan harga agak berpatutan dan menyediakan sarapan . Hotel betul betul dekat dengan baazar atau lagi senang macam Jalan Masjid India kat kL tu.  Hotel ni di dalam lorong. Kalo nak cari agak sukar sebenarnya. Datapi  Kawasan dia agak ramai orang. Selepas check in kami terus ke bilik dan rehatkan diri dan akan keluar malam tu untuk cari makanan dan souvenir di sekitar kawasan hotel .Lepas bersihkan dan rehat semua. Aku dan isteri keluar untuk cari makanan. Lepas makan kami singgah la kat shop lot kat area Main baazar. Banyak kedai kat situ jual kain jual dengan harga perpatutan. Selepas beli kain kami terus balik ke hotel dan menanti hari esok pusing2 kat Delhi.

Hard Rock Cafe Delhi
Lorong nak ke Smile inn
Joging ke bang
abang tido ke tu
lorong main baazar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge