Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 8

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Untuk kali ni aku post hari terakhir aku di India. Sebelum keluar sarapan dulu kat atas hotel. Sarapan kat hotel ni. Telur goreng dengan roti dan air kopi atau teh. Lepas sarapan kami terus check out. Kat Delhi banyak tempat dilawati seperti Masjid jama, Qutub Minar, Akshardham, India Gate , Parlimen Delhi dan lain2. Masa tunggu pak supir kami. Kawasan Bazaar Road pagi pagi dah sibuk. Banyak auto tunggu kat tepi jalan. Dan masa yang sama ada tanyakan kami nak kemana. Aku cuma gelengkan kepala sahaja. Pak supir dah sampai kami teruskan perjalanan kami.

tengok apa tu
Man Baazar Road

Destinasi pertama kami adalah Masjid jama. Masjid jama terletak di Jalan Chadni Chowk. Sejarah menyatakan Masjid ni dibangunkan oleh Shah Jahan. Dan masjid ni adalah masjid tertua di India. Untuk kali ni aku cuma melihat dari luar sahaja. Ramai pelancong kesini untuk tengok keindahan masjid yang masih utuh. Selesai ambik gambar. Kami teruskan ke Akshardham.

Masjid Jame Delhi

Dari masjid Jama ke Akshardham mengambil masa 20 minit. Akshardam ni adalah kuil moden la kat delhi. Untuk ke situ kena bayaran. kamera dan hp tak dibenarkan di bawak masuk. Kat dalam tu ada wayang mini untuk kisah Neelkanth Varni. korang boleh tengok kat youtube. Kisah benar katanya. Ada boat ride kat dalam tu jugak. Dan paling menarik kat situ ada pertunjukkan air. Tapi pertunjukkan air start petang. So kami tak sempat nak tengok .  Bagi aku tempat ni sebagai tempat pelancong luar dan dalam negara. Dan kat sini lanskap memang terjaga rapi dan takde sampah sarap. Hampir 2 jam aku dan isteri kat dalam tu.

selfie lagi
balai polis Delhi

Selepas habis pusing pusing kat Akshardham, kami ke kawasan parlimen India dan India Gate

kapal perang
airport

Selepas amek gambar di kawasan India Gate dan Parlimen. Perut dah berasa lapar dan aku mintak pak supir tu bawak kami ke Nizamuddin. Nizamuddin ni nama tempat sebenarnya. Tempat orang muslim kat situ, dan kat situ ada masjid dan kedai makanan halal di situ. Selama berjalan di India ni. Area Nizamuddin ni la paling senang nak dapat makanan halal. Sebelum ke kedai makan. Pak Supir parking dulu. Senang kami nak jumpa dia kat situ nanti. Dan sampai area situ ramai orang Islam kat situ dan jualan di tepi jalan. Kalau kat sini korang cuba makan chicken butter. Ayam dengan kuah dia memang sedap. Sampai aku tambah nasi lagi . Nama kedai makan tu aku dah lupa namanya. Dah setel makan kami teruskan perjalanan kami jelajah Delhi, dan petang tu cuaca hujan dan tergendala la aktiviti kami kat Delhi dan aku cakap kat pak supir bawak kami ke Airport terus. Dan habis cerita kami di India, bagi aku rasa beruntung sebenarnya dapat ke India dapat tengok keadaan kehidupan dorang kat sini dan aku bersyukur negara Malaysia masih aman. Aku ingin ke India lagi mungkin ke Kashmir sahaja. Waktu aku pergi ke Kashmir, Kashmir tengah bergolak. Sekian Cerita aku, dan cintaku tertinggal di INDIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge