Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India

Assalamualikum dan selamat pagi. Setelah sekian lama tak menulis di dalam blog. Dan kali ini aku akan menulis pengalaman aku dan isteri ke INDIA. Selama ni tak pernah terpikir untuk ke India. Disebabkan keadaan India tak berapa bersih dan tak tahu apa yang menarik di India selain Taj Mahal. Selepas terjebak dalam dunia ala2 backpacker ni. Aku ada terjumpa satu groupBBM di Facebook. Dan di situ aku dapat tahu India ni ada tempat menarik untuk dilawati selain Taj Mahal.

Aku dan isteri ada tinjau harga tiket dan tempat untuk dilawati. Dan selama aku mencari maklumat tentang India. Aku ada terbaca tentang syurga dunia yang terletak di Utara India. Syurga dunia itu adalah Kashmir. Ternyata Kashmir cantik dengan keindahan alam yang sejuk mata memandang. Dan beberapa minggu baca tentang India. Aku dan isteri rancang beli tiket untuk ke India. Dan akhirnya 19 Ogos 2016 aku dan isteri berhoneymoon untuk kali ke 4.

KLIA 2

19 Ogos 2016 tepat 7 petang. kami berangkat dari KLIA2 dan Dan perjalanan mengambila masa 5 jam. Dan perasaan aku dan isteri teruja. Dalam kapal terbang aku dan isteri tak buat apa selain tidur. Setelah menempuh 5 jam perjalanan. Akhirnya kami sampai ke negara India. Waktu malaysia ketika itu adalah 12.40 pagi dan waktu India 10.10 malam . Dan Beza waktu India dengan Malaysia 2 jam 30 minit. Selepas isi borang dan cop passport. Aku ambil beg dan terus keluar. Untuk ke Srinagar perlu menggunakan airport domestik.

Airport Delhi

Sebelum ke airport domestik kami terpaksa ambik bas untuk kesana. Sebelum keluar pastikan korang ke kaunter pertanyaan untuk hal berkaitan bas ke airport domestik. Selepas ke kaunter pertanyaan, kami terus ke tiang no 10. Untuk daftar masuk ke bas. Dan pastikan kertas boarding pass dari Kuala Lumpur jangan buang. Orang yang jaga daftar masuk ke bas akan tanyakan boarding pass dari Kuala Lumpur dan untuk ke Srinagar. Naik bas adalah percuma. Tapi yang tak ada kertas boarding pass tu akan dikena bayaran untuk tiket bas.

Kaunter pertanyaan
Tunggu bas kat tiang no 2
Dalam Bas. kami berdua je orang Malaysia

Perjalanan ke airport domestik mengambil dalam 30 minit. Dan di dalam bas tu, bukan kami berdua tapi ramai orang tempatan naik bas itu jugak . Bila sampai di aiport, bas akan berhenti di bawah dan kita perlu naik ke airport. Sebelum masuk ke dalam airport. Pastikan kertas boarding pass korang dah keluarkan. Di airport India kawalan sangat ketat. Hanya orang yang ingin terbang hanya dibenarkan masuk ke dalam. Perjalanan kami ke srinagar adalah jam 5 pagi waktu India.

Kami lapar dan menunggu jam 5 pagi waktu India baru boleh berangkat

2 thoughts on “Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India

  • 19 April 2017 at 12:54 pm
    Permalink

    Kashmir salah satu tempat idaman juga… seronoknya dapat jejak sana! Terima kasih atas coretan dan perkongsian😄

    Reply
    • 19 April 2017 at 3:24 pm
      Permalink

      teringin nak kesini lagi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge