Unisel Fun Run di Hari Terbuka Unisel 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu lepas pada 21 May 2017. AA ada join Unisel Fun Run 2017. Pertama kali join larian sebegini selepas habis sekolah dan terakhir join larian sebegini masa dibangku sekolah rendah. AA dah lama teringin nak join larian sebegini tapi disebabkan masa dan tak aktif dengan sukan so terbantut nak join larian macam ni.

depan lobi

Pada hari kejadian 21 May 2017. Sesi pendaftaran bermula 630 pagi. Sewaktu sampai di Unisel. Ramai yang berkumpul di depan lobi untuk pendaftaran . Pada masa sesi pendaftaran pihak Unisel memberi baju dan nombor cabutan bertuah dan nombor AA dapat adalah nombor 100.  Dan ikut jadual yang diberi pihak Unisel. Larian akan bermula pada 7.30 tetapi larian bermula lewat dan tak ikut jadual di berikan. Sebelum bermulanya larian. Pihak Unisel ada buat senaman ringan dan zumba. Selepas sesi senaman dan pihak atasan Unisel ada buat taklimat  dan peringatan untuk peserta. Selepas taklimat dan pihak atasan melepaskan peserta untuk Larian Universiti Selangor 2017 .Untuk setiap peserta yang habis larian akan mendapat medal. Untuk larian ini AA mengambil masa 50 minit untuk menghabiskan 5km. Mungkin lepas ini kena berlatih supaya dapat bawah 50 minit untuk 5km. Dan selepas raya AA akan sertai larian lain jugak.

senaman ringan dulu
budak sekolah pun join jugak

yeah dapat medal gak
office mate
bertuah gak hehehe

Selepas habis larian pihak Unisel akan mengadakan cabutan bertuah dan nombor AA mengena dan dapat kipas meja dan habis semua cabutan. Ada slot “ANDA TANYA USTAZ JAWAB” bersama Ustaz Azhar Idrus. So AA layan sesi ini untuk pengetahuan diri sendiri dan orang lain jugak. Selepas sesi Ustaz Azhar. AA pusing sekitar kampus Unisel untuk menengok aktiviti untuk disediakan oleh pihak Unisel. Dan Hari Terbuka Unisel 2017 akan berakhir 22 May 2017. Dan siapa siapa yang berdekatan boleh la datang ke kampus Unisel di Shah Alam. Mana la tahu pembaca boleh nak sambung belajar lagi di Unisel.

Ustaz Azhar Idrus
Sesi bersama Ustaz Azhar Idrus
booth
booth
booth
booth
booth

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge